Thursday, 24 July 2014

Persidangan Kali Ketiga

Assalamualaikum..

Post kali ini adalah berkaitan dengan persidangan kali ketiga yang ku hadiri yang diadakan di Langkawi Bayview Hotel Pada 3-4 Jun tahun 2013 yang lalu. Persidangan tersebut ialah IEEE International Power Engineering and Optimization Conference (PEOCO 2013). Aku bertolak pada 2 Jun 2013 dengan menaiki feri dari Kuala Perlis dan bertolak pulang pada 4 Jun 2013. Di samping persidangan, aku dan isteri mengambil peluang melawat tempat-tempat menarik di Langkawi.

Tajuk penyelidikan yang ku bentangkan ialah "Adaptive Mho Type Distance Relaying Scheme With Fault Resistance Compensation".

Secara asasnya ia adalah berkaitan geganti perlindungan yang digunakan untuk melindungi talian penghantaran kuasa elektrik untuk "Malaysia National Grid". Sedikit sebanyak pengalamanku bekerja sebagai Jurutera Perlindungan (protection engineer) di TNB selama 3 tahun membantuku membuat penyelidikan setelah bergelar pensyarah di Unimap (Universiti Malaysia Perlis).

Kertas persidangan tersebut telah dimasukkan dalam pangkalan data IEEE dan boleh diakses di link berikut:

Untuk akses percuma, boleh download di:

Sekian, wassalam..



Indahnya Solat Malam


Assalamualaikum..

Post kali ini berkaitan solat malam. Semua dari kita tahu akan kelebihan solat malam. Waktunya ialah dari selepas solat isyak sehingga sebelum azan subuh.

Antara kelebihan solat malam ialah Allah SWT akan turun di sepertiga malam untuk memperkenankan doa hamba-hamba-Nya yang merintih dan merayu kepada-Nya.

Ada banyak buku yang memberikan panduan tatacara menunaikan solat malam. Namun, ianya bukanlah suatu kemestian untuk mengikuti tatacara yang diberikan. Kita boleh melaksanakan solat malam mengikut kemampuan walaupun sekadar beberapa rakaat sahaja. Yang penting usaha untuk bangun dan bermunajat kepada Allah adalah suatu usaha yang amat besar ganjarannya. 

Di sini dicatatkan sedikit pengalamanku menunaikan solat malam di bulan Ramadhan yang lalu. Solat yang ku tunaikan ialah solat sunat tahajjud (2 rakaat), solat sunat taubat (2 rakaat) dan solat sunat witir (3 rakaat) disamping zikir-zikir seperti istighfar dan tahlil (lailahaillallah) serta doa.

Antara kesan yang dapat kurasakan selepas melakukan solat malam beberapa hari (selang-selang) adalah :
1. Terasa ringan & khusyuk untuk melaksanakan solat fardhu di siang hari.
2. Terasa lebih tenang dan bertenaga di siang hari.
3. Merasa keimanan meningkat dan terasa manisnya iman semasa melaksanakan solat fardu.
4. Lebih menjaga diri di siang hari dari melakukan perkara yang sia-sia.
5. Minda menjadi lebih tenang dan mudah menerima ilmu.

Begitu banyak lagi kelebihan dan kesan solat malam bagi mereka yang menjadikannya rutin harian dan beristiqamah dalam melaksanakannya.

Tidak hairanlah ilmuan Islam dulu cukup terkenal dengan ketinggian ilmu dan kebaikan akhlak kerana mereka menjadikan solat malam sebagai kewajiban bagi diri mereka.

Cara yang dapat membantu kita untuk mudah bangun malam ialah dengan berniat di dalam hati sebelum tidur semoga Allah SWT mengejutkan kita untuk bangun. Jika tidak bangun sekalipun, niat tersebut merupakan suatu kebaikan yang akan dinilai oleh Allah SWT. Selain itu, jangan tidur malam terlalu lewat dan jangan makan malam dengan terlalu kenyang.

Sekian, wassalam.

Percutian Di Langkawi

Assalamualaikum..

Post kali ini berkaitan aktiviti berjalan-jalan sekitar Langkawi, Kedah iaitu pada 3 & 4 Jun tahun 2013 yang lalu. Aku mengambil kesempatan sempena persidangan yang diadakan di Langkawi untuk berjalan-jalan di sekitar Langkawi.

Ini bukanlah kali pertama aku ke Langkawi, mungkin kali ke 5 atau 6. Sudah banyak tempat yang dilawati, cumanya aktiviti jalan-jalan kali ini ditumpukan melawat tempat-tempat yang belum dilawati.

Malangnya, aku dan isteri tidak membawa bersama Canon 1100D untuk menangkap gambar, maka handset Samsung S2 isterikulah yang menjadi mangsa. Hehe.

Antara tempat dilawati ialah Gunung Raya. Boleh menaiki kenderaan sehingga ke puncak gunung ni. Jalan menaiki gunung tersebut juga tidaklah terlalu merbahaya. Di atas puncak gunung tersebut, terdapat sebuah menara yang boleh dinaiki dengan bayaran RM 10 shj. Di sini, kita dapat melihat hampir 90% Langkawi. 






Pada masa gambar diambil, waktu tersebut dalam linkungan 1.00 petang. Namun, keadaan di puncak adalah berkabus dan berawan tebal dan sejuk dingin disebabkan oleh kedudukan kawasan yang tinggi. Maka, pemandangan Langkawi dan laut kurang jelas. Jika tidak, pemandangan yang dapat dilihat tentulah amat menarik dan mengagumkan. Jadi, berbaloi ke sini.

Pemandangan sekitar menuruni Gunung Raya.



Tempat seterusnya ialah Wildlife Park yang terletak sebelah Timur Langkawi. Di sini seperti zoo yang menempatkan pelbagai jenis haiwan dan binatang liar. Malah, beberapa jenis makanan turut dijual untuk diberikan kepada haiwan atau binatang mengikut jenis makanan yang sesuai.










Tempat terakhir yang ku lawati ialah Galeria Perdana yang menempatkan pelbagai barangan Tun Dr Mahathir Mohammad. Namun, kami tak dibenarkan menangkap gambar di dalam galeria tersebut. Hehe.

Tempat yang paling sangat nak dilawati ialah Tasik Dayang Bunting. Tetapi, disebabkan masa yang tidak mencukupi, maka terpaksa ditangguhkan pada waktu akan datang bila berkunjung lagi ke Langkawi.

Sekian, wassalam.

Saturday, 12 April 2014

Makhluk dan Penciptanya

Dan Allah mengeluarkan kamu dari perut ibu kamu dengan keadaan tidak mengetahui sesuatupun; dan Dia mengurniakan kepada kamu pendengaran dan penglihatan serta hati akal fikiran); supaya kamu bersyukur. 

(Surah An-Nahl:78)

Tuesday, 1 April 2014

Didik Anak Bermula Dengan Mendidik Diri

Daripada Ibnu Abbas r.a katanya, sabda Rasulullah s.a.w:”Tanggungjawab bapa kepada anaknya ialah memberikan nama yang baik dan memperelokkan adabnya.”

Ya Tuhan kami, jadikanlah kami berdua orang yang tunduk patuh kepada Engkau dan (jadikanlah) di antara anak cucu kami umat yang tunduk patuh kepada Engkau dan tunjukkanlah kepada kami cara-cara dan tempat-tempat ibadah haji kami, dan terimalah taubat kami. Sesungguhnya Engkaulah Yang Maha Penerima tobat lagi Maha Penyayang

(Al-Baqara 2:128) 


Monday, 31 March 2014

Halal dan Haram Dalam Islam

Rasulullah s.a.w bersabda yang maksudnya:”Allah memberikan rahmat kepada seseorang yang berusaha mencari harta dengan jalan yang halal dan membelanjakannya dengan cara sederhana dan berhemat dan menabung kelebihannya untuk hari susah dan hajatnya. “
 
Riwayat al-Ibn an-Najjar
 
Hai sekalian manusia, makanlah yang halal lagi baik dari apa yang terdapat di bumi, dan janganlah kamu mengikuti langkah-langkah syaitan; kerana sesungguhnya syaitan itu adalah musuh yang nyata bagimu
(Al-Baqara 2: Ayat 25)
 
 
 

Utamakan Pandangan Allah Daripada Pandangan Manusia





Tuesday, 26 November 2013

Download Gambar-gambar Bunga Yang Cantik (Percuma)

Assalamualaikum & Salam Sejahtera.. 

Anda boleh download bermacam-macam jenis bunga yang cantik dari laman berikut:

secara percuma atau dari mana2 sahaja laman stock photos.. 
Cantik kan??











Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Receive all updates via Facebook. Just Click the Like Button Below

Powered By | Blog Gadgets Via Blogger Widgets